Sunday, December 01, 2013

Countdown Begin

Assalamualaikum w.b.t.

Pejam celik...pejam celik..dah masuk bulan Disember. Allahuakbar...betapa cepat masa berlalu. Dalam tak sedar, detik itu makin hampir. Kesuntukan waktu kadangkala membuat kita lebih panik dari yang sepatutnya. Alhamdulillah, biarpun kalut...biarpun kadangkala kesihatan terganggu, namun saya dikurniakan sebuah keluarga yang sangat memahami, membantu dan menyokong setiap derap langkah menuju detik itu. Biarpun terselit juga salah faham dan pertelingkahan kecil, keluarga tetap keluarga. Dihentam badai sekalipun, tali ini tak akan putus.


Kini, tinggal 62 hari lagi menuju detik itu. Nampak seperti lama lagi masanya, namun jika tidak dirancang dengan baik...apalah sangat 62 hari ini jika dibandingkan dengan timbunan kerja yang perlu dilakukan. Dalam keseronokan dan keterujaan countdown ini, hati masih terpalit rasa takut dan gementar. Mampukah aku menjadi yang terbaik? Memang, persoalan ini tak pernah saya temukan jawapannya. Bersyukur sekali lagi apabila dia sentiasa memahami dan memberikan dorongan. Untuk bahagia bukan senang, banyak yang perlu dipelajari....manakan tidak, membina hidup yang matlamatnya bahagia dunia akhirat, sudah tentu tidak semudah hidup semata-mata untuk dunia. Moga Allah permudahkan urusan kami...


(^________^)
-senyum tak perlu kata apa-apa-





Wednesday, November 20, 2013

Kembali.

Assalamualaikum w.b.t...

            Agak lama menyepikan diri lantaran dihambat tugasan yang tak pernah berpenghujung. Bebanan tugas yang tak pernah surut, malah semakin membukit saban hari kadangkala membuat kita semakin leka hingga terlupa dengan tugas, tanggungjawab dan amanah yang lebih utama, iaitu sebagai hamba Nya. Astaghfirullahal'aziim.Sungguh hati saya begitu terusik tatkala membaca dan menonton klip video Allahyarham Ahmad Ammar. Seawal usia 20 tahun, beliau telah begitu banyak menyumbang kepada agama. Saat itu, hati saya menjadi luluh. Terdetik di hati, sejauh manakah sumbangan saya terhadap agama dan anak bangsa? Adakah dengan menjadi seorang guru di sekolah itu sudah cukup untuk menjadi bekalan saya di akhirat nanti? Terkenang kembali masa-masa yang saya habiskan bersama para pelajar...adakah mereka benar-benar mempelajari sesuatu yang baik dan berfaedah, yang menyumbang kepada aspek pembangunan rohani mereka? Atau mungkinkah sebenarnya, saya sekadar mengisi dan mengenyangkan nafsu mereka yang dahagakan hiburan?Masya Allah...di mana letaknya kredibiliti dan amanah yang saya galas ini??

           Kembali. Ya, saya ingin kembali. Saya ingin kembali, sebelum benar-benar kembali kepada Nya. Kembali kepada landasan yang sepatutnya dari dulu saya pertahankan dan perjuangkan. Nyatanya untuk kembali itu menuntut seribu satu pengorbanan...dan istiqamah itu tidak semudah menyebutnya. Namun saya tetap mahu kembali. Entri ini bukan lah bertujuan mendabik dada kerana ingin berubah, tetapi sekadar mengajak kalian yang mungkin, MUNGKIN berada dalam situasi yang sama seperti saya untuk kembali berintrospeksi. Muhasabah diri demi sebuah tanggungjawab dan amanah Nya. Segalanya tidak mudah...namun tidak mustahil. Allahurabbi.

Source: http://asrarfilqalbi.blogspot.com/2013/03/jika-tidak-mampu-menjadi-baik.html







Sunday, October 06, 2013

Quick Update #2

Assalamualaikum w.b.t...

Hopefully anda semua berada dalam keadaan sihat dan di bawah lindungan Nya sentiasa...Oktober sudah pun menjejak hari ke 6...saya memulakan Oktober dengan menghadiri kursus kejurulatihan bahas Bahasa Inggeris selama dua hari...diikuti dengan menghantar para pelajar kesayangan menduduki peperiksaan PMR pada 2 Oktober....hari ni pula usai menyaksikan perlawanan hoki PSKPP di SMK Seberang Temerloh....tambahan tugasan berkumpulan, artikel yang perlu dibaca, kertas peperiksaan yang perlu ditanda...maka...persiapan untuk projek itu masih lagi di tahap 'zero'. Kalut? Pastinya! Namun apakan daya...tuntutan tugas membatasi....moga Allah permudahkan.


COUNTDOWN...


Tuesday, September 10, 2013

Tanpa Tajuk

Assalamualaikum w.b.t...


"...dalam tawa ada satu detik bisu
diamku menaakul tamsilan jiwa
mengapa geloranya tiada bernoktah..."

DIAM.





KELU.



"...resah yang dirasa cuba diusir, namun hati tidak betah mengikut kata..."


SEPI.


DIAM lagi.

"...bukanlah aku mencari yang terlalu sempurna
kerana aku punya khilaf
kerana aku juga pendosa
kerana aku juga serba kekurangan..."

SESAK : menghimpit relung rasa!


"...andai saja bisa ku perdengarkan
setiap bait bicara di dalam jiwa
andai saja bisa ku pertontonkan
setiap tingkah dari balik kaca mata..."


"...pasti bukan kau seorang yang merasakan begitu
kerana aku makhluk Nya yang lebih beremosi
dan beban rasa itu lebih pedih lagi menikam jiwa kerdilku ini..."