Monday, September 28, 2009

Puasa Enam


Hari ni da hari kesembilan dalam bulan Syawal....kemeriahan raya tu pasti masih belum pudar...malah kolej saya pun bakal mengadakan jamuan raya dalam minggu ni... time-time ni...ramai gak yang nga puasa 6...ada yang da lama start...ada gak yang baru nak start...jadi saya nak berkongsi la serba sedikit tentang puasa enam ni.. (ni saya ambil dari satu website gak..saya da baca...rasenye maklumat dalam ni betul...kalo ade sebarang kekhilafan, harap maaf n dapat la diperbetul...)Jom baca sama-sama....

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Diantara kelebihan2 puasa enam hari di bulan syawal ialah:

# puasa enam umpama sunat rawatib sesudah solat fardhu bagi menampung kekurangan puasa fardhu menjadi tanda diterima puasa ramadhan yang kita kerjakan

# sebagai tanda bersyukur kepada ni'mat yang diberikan di bulan Ramadhan seperti ni'mat kesihatan tubuh badan yang baik

# mendapat kebaikan berlipat ganda serta diangkat darjatnya

# memudahkan malaikat al-maut mencabut nyawa kita

Jadi...marilah kita sama-sama ambil kesempatan ni untuk beramai-ramai mengerjakan Puasa Enam ni...siapa tahu...mungkin ini lah Syawal terakhir kita????