Sunday, December 01, 2013

Countdown Begin

Assalamualaikum w.b.t.

Pejam celik...pejam celik..dah masuk bulan Disember. Allahuakbar...betapa cepat masa berlalu. Dalam tak sedar, detik itu makin hampir. Kesuntukan waktu kadangkala membuat kita lebih panik dari yang sepatutnya. Alhamdulillah, biarpun kalut...biarpun kadangkala kesihatan terganggu, namun saya dikurniakan sebuah keluarga yang sangat memahami, membantu dan menyokong setiap derap langkah menuju detik itu. Biarpun terselit juga salah faham dan pertelingkahan kecil, keluarga tetap keluarga. Dihentam badai sekalipun, tali ini tak akan putus.


Kini, tinggal 62 hari lagi menuju detik itu. Nampak seperti lama lagi masanya, namun jika tidak dirancang dengan baik...apalah sangat 62 hari ini jika dibandingkan dengan timbunan kerja yang perlu dilakukan. Dalam keseronokan dan keterujaan countdown ini, hati masih terpalit rasa takut dan gementar. Mampukah aku menjadi yang terbaik? Memang, persoalan ini tak pernah saya temukan jawapannya. Bersyukur sekali lagi apabila dia sentiasa memahami dan memberikan dorongan. Untuk bahagia bukan senang, banyak yang perlu dipelajari....manakan tidak, membina hidup yang matlamatnya bahagia dunia akhirat, sudah tentu tidak semudah hidup semata-mata untuk dunia. Moga Allah permudahkan urusan kami...


(^________^)
-senyum tak perlu kata apa-apa-





Wednesday, November 20, 2013

Kembali.

Assalamualaikum w.b.t...

            Agak lama menyepikan diri lantaran dihambat tugasan yang tak pernah berpenghujung. Bebanan tugas yang tak pernah surut, malah semakin membukit saban hari kadangkala membuat kita semakin leka hingga terlupa dengan tugas, tanggungjawab dan amanah yang lebih utama, iaitu sebagai hamba Nya. Astaghfirullahal'aziim.Sungguh hati saya begitu terusik tatkala membaca dan menonton klip video Allahyarham Ahmad Ammar. Seawal usia 20 tahun, beliau telah begitu banyak menyumbang kepada agama. Saat itu, hati saya menjadi luluh. Terdetik di hati, sejauh manakah sumbangan saya terhadap agama dan anak bangsa? Adakah dengan menjadi seorang guru di sekolah itu sudah cukup untuk menjadi bekalan saya di akhirat nanti? Terkenang kembali masa-masa yang saya habiskan bersama para pelajar...adakah mereka benar-benar mempelajari sesuatu yang baik dan berfaedah, yang menyumbang kepada aspek pembangunan rohani mereka? Atau mungkinkah sebenarnya, saya sekadar mengisi dan mengenyangkan nafsu mereka yang dahagakan hiburan?Masya Allah...di mana letaknya kredibiliti dan amanah yang saya galas ini??

           Kembali. Ya, saya ingin kembali. Saya ingin kembali, sebelum benar-benar kembali kepada Nya. Kembali kepada landasan yang sepatutnya dari dulu saya pertahankan dan perjuangkan. Nyatanya untuk kembali itu menuntut seribu satu pengorbanan...dan istiqamah itu tidak semudah menyebutnya. Namun saya tetap mahu kembali. Entri ini bukan lah bertujuan mendabik dada kerana ingin berubah, tetapi sekadar mengajak kalian yang mungkin, MUNGKIN berada dalam situasi yang sama seperti saya untuk kembali berintrospeksi. Muhasabah diri demi sebuah tanggungjawab dan amanah Nya. Segalanya tidak mudah...namun tidak mustahil. Allahurabbi.

Source: http://asrarfilqalbi.blogspot.com/2013/03/jika-tidak-mampu-menjadi-baik.html







Sunday, October 06, 2013

Quick Update #2

Assalamualaikum w.b.t...

Hopefully anda semua berada dalam keadaan sihat dan di bawah lindungan Nya sentiasa...Oktober sudah pun menjejak hari ke 6...saya memulakan Oktober dengan menghadiri kursus kejurulatihan bahas Bahasa Inggeris selama dua hari...diikuti dengan menghantar para pelajar kesayangan menduduki peperiksaan PMR pada 2 Oktober....hari ni pula usai menyaksikan perlawanan hoki PSKPP di SMK Seberang Temerloh....tambahan tugasan berkumpulan, artikel yang perlu dibaca, kertas peperiksaan yang perlu ditanda...maka...persiapan untuk projek itu masih lagi di tahap 'zero'. Kalut? Pastinya! Namun apakan daya...tuntutan tugas membatasi....moga Allah permudahkan.


COUNTDOWN...


Tuesday, September 10, 2013

Tanpa Tajuk

Assalamualaikum w.b.t...


"...dalam tawa ada satu detik bisu
diamku menaakul tamsilan jiwa
mengapa geloranya tiada bernoktah..."

DIAM.





KELU.



"...resah yang dirasa cuba diusir, namun hati tidak betah mengikut kata..."


SEPI.


DIAM lagi.

"...bukanlah aku mencari yang terlalu sempurna
kerana aku punya khilaf
kerana aku juga pendosa
kerana aku juga serba kekurangan..."

SESAK : menghimpit relung rasa!


"...andai saja bisa ku perdengarkan
setiap bait bicara di dalam jiwa
andai saja bisa ku pertontonkan
setiap tingkah dari balik kaca mata..."


"...pasti bukan kau seorang yang merasakan begitu
kerana aku makhluk Nya yang lebih beremosi
dan beban rasa itu lebih pedih lagi menikam jiwa kerdilku ini..."

Tuesday, September 03, 2013

This is it...

Assalamualaikum w.b.t...

This is just something...nope...a song that suddenly catch my ears...and I accidentally fell in love with this song. Perhaps, it speaks for myself in a way...huhu...



I Won't Give Up
by: Jason Mraz


When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
Well, there's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

Well, I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got, yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not, and who I am

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up, still looking up.

Well, I won't give up on us (no I'm not giving up)
God knows I'm tough enough (I am tough, I am loved)
We've got a lot to learn (we're alive, we are loved)
God knows we're worth it (and we're worth it)

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up




*You...yes...you...you know who you are. Thanks, that is all I can say right now...Just keep praying, hoping, and believing in HIM for He knows whats best for us (^___^)*

Kursus 1M1S

Assalamualaikum w.b.t...

Minggu lepas sy berkesempatan menghadiri Kursus 1M1S anjran PPD Maran. Saya dan lima org guru lain dari sekolah kami dibahagikan kepada empat sukan berlainan iaitu gimnastik, ragbi, softball, senamrobik dan futsal. Mine??? Haha...senamrobik tentunya!!

Pada hari pertama kami diberikan taklimat serba sedikit tentang konsep 1M1S, pengurusan dan perlaksanaan program2 di bawah 1M1S, dan sesi pembelajaran tentang sukan masing-masing.

Mari jamu mata dengan pic2 semasa berkursus...

The Module

JU Che'gu Fazli berdemo...

Practise untuk penutupan..hehehe

Pegawai perasmi from JPN

*Don't find time to exercise, make time to exercise*

Sunday, September 01, 2013

First Wedding Photoshoot

Assalamualaikum w.b.t...

31 Ogos 2013 : 310813 : 31813. Nice date I must say! Hari Kemerdekaan  negara dan juga tarikh bersejarah buat pasangan-pasangan yang memilih tarikh ini untuk majlis perkahwinan...dan tidak terkecuali...one of my bestie time skolah dulu...Cik Puan Aiysah n Pokcik Sukarno...hehe...

Cerita bermula after majlis akad nikah pada malam 30 Ogos itu bila Pokcik Sukarno bertanyakan kesenangan jadual saya pada keesokan harinya...kate beliau mahu wat photoshoot di sekolah...Saya pun tanpa fikir panjang n excited terlampau (haisshhh!!)..terus je say OK..hamboihh...suke tak hengat...

Disebabkan nak ambik gambar kawen member...malam tu sepanjang perjalanan balik, sambil drive tuh...fikiran da ke laut dalam...cari idea macam mane agaknye nk handle photoshoot esok ni...time tu mule berdebar....helloo!!nak ambik gambar kawen nih!! detik bersejarah org...mane boleh wat main2...adessshh...bile terpikir gitu...mula la datang lagi angin panik saya!!!hhooooooyaaiii....

Sesampai di rumah, ape lagi...sibuk la saya berguru dengan Encik Google tentang tips2 ambil gambar perkahwinan n so on...bawak kuar balik notes n buku2 photography yg saya ade...chaiissshh...time ni bru sibuk cari..dulu2 wat pekasam je...muahahhha...

Ape pun antara sume tips yang saya bace tuh...satu je yang saya sematkan betul2 dalam kepala otak ni...eh...bukan sematkan..pakukan!!Memilih kualiti dari kuantiti...jangan ambik gmbar banyak2 tapi sumer gambar pengantin x ready...samping senget...rantai bride terbalik sane sini...biar ambik gmbar sikit...tapi jaga semua aspek n detailing yg ade...fuuhhh...berpeluh!!

Malam tu, saya pun bawak kuar peti harta karun saya...hehe...ye la...trend skarang...nk ambik gmbar nak la ade prop sikit2...so...dengan kerajinan yang ade..saya pun mulakan tugas menyediakan prop....



Boleh la kannn??keje kul 3 pagi tuhhhh...
Jadi..malas nak cakap banyak....sile la jamu mate dengan sikit gmbar2 yang berjaya dirakamkan pada hari bersejarah itu....
classmates yang awesomeee!!!



So..acamner???haha...boleh la untuk first try kott???ngeee....thanks jugak pada Encik Yeen n Encik Adam yg bersama2 membuli pengantin untuk sesi kali ini...hoyeeahhhh...

KAMI


*You don't love someone because they're perfect, you love them in spite of the fact that they're not.*
- Jodi Picoult

HAPPY WEEKEND
Sekian.

Thursday, August 29, 2013

Panic Attack #1

Assalamualaikum w.b.t...

nama pun panic attack kn???Allahuakbar...penat menenangkan diri...dalam keadaan macam ni...semua rasa tak kena...dalam hati macam ade satu bongkah batu...aihh...banyak pulak mengeluh....tetibe teringat artikel yang baru je bace tadi...

11 Hal yang harus kamu ingat sebelum mengeluh...

1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik,fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

4. Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isterimu, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

7. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir,fikirkan tentang seseorang yang menempuh jarak yang sama dengan berjalan

10. Dan disaat kamu penat dan mengeluh tentang pekerjaanmu,fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

ﻓﺒﺄﻱ ﺍﻻﺀ ﺭﺑﻜﻤﺎ ﺗﻜﺬﺑﺎﻥ(Maka nikmat Tuhanmu manakah yang kau dustai ??)

Maka bersyukurlah..Alhamdulillahi Rabbil’alamiin..



Astaghfirullahalazim....tenanglah hati. Ujian ini secebis cuma...the beginning is always the hardest...I'll just have to endure it...moga Allah permudahkan...moga Allah permudahkan...moga Allah permudahkan....


Wednesday, August 28, 2013

Quick Update

Assalamualaikum w.b.t...

SATU

Alhamdulillah, selepas almost one week bertapa di KMC...I think I'm feeling better now...kesan2 sampingan dari treatment tuh..err...x perlu lah di mention...btul??yezzzaaa...hari ni sepatutnye ade appointment dgn dua org Doc...tp x pegi pun....huhu..I'm a healthy person ok??so.. x perlu lah ke sana...lagi pun, hari ni terlibat pulak dengan Kursus 1 Murid 1 Sukan Peringkat Daerah...saya masuk group senamrobik...haihh...bile dapat wat perkara yang kite suke...of course la lupa pada sakit2 yang ada...betul tak...jadi...begitulah...esok sehari lagi berkursus...ilmu n pengalaman yang x dapat dibeli di mana-mana sekali pun...soooo grateful for it!




DUA

Alhamdulillah lagi sekali, selesai sudah mendaftar bagi perjalanan master untuk semester kedua. Thanks to my eldest sis yg tolong dahulukan pembayaran yuran pengajian (da bayar balik pun knnn...huhu). Hurmm...walaupun semester belum bermula, tapi da dapat rasa bahangnya..semester ni akan jadi agak hectic sebab jadual kelas yg....pffttttt...x tau nk describe camne..tengoklah sendiri ye...

Ya...ini bermakna...sy terpaksa travel after school hari Khamis untuk ke kelas...blik semula untuk mengajar pada keesokan harinya...dan travel lagi sekali pada hari Sabtu...bile Mr ES tau tadi pun die da terkujat...x tau la anda2 semua rase macam mane kan...tak mengapalah...usaha selagi terdaya...insya Allah (^_____^)

TIGA

Addicted to AJARI AKU by Anuar Zain n DWIHATI by Yuna n Aizat...haisshhh...ni x tau la mane datang angin dalam hati ade taman pulak tetibe nih...Mr ES sile terasa ok..ni sume angkara kamu!!rase cam addicted sangat kat dua lagu nih..bukan rase lagi da...memang addicted pun...hahaha...rasenye kalo segala mak nenek dalam bilik ni boleh berkata-kata...confirm they all da menjerit mintak tukar lagu lain...ngeeee....



okeylah...itu saje quick update untuk kali ini...mohon maaf segala silap dan salah...oh ye...pada saat entri ini ditulis...Mr ES x sihat...haiihh...hopefully kamu cepat sembuh ye..x senang duduk dibuatnye...syafakallah...be not sad or afraid...surely Allah is with us...till then...(^____^)




Friday, August 23, 2013

Sakitnya...

Assalamualaikum w.b.t...

First time bile dengar org cakap sakit...n menyesal kerana mempamerkan emosi..ouuwwhh...agak tersentak juga rasa di hati. Terdiam...n speechless...mencari di mana kesakitan itu akan muncul andai bahagia yang sedang dirasakan...x pe lah...sy simpan persoalan itu diam2 dlm hati...menanti tafsiran yg sbnar di sebalik kata2 itu..namun...masanye x lama... bila tiba satu saat itu...sy tersenyum sendiri...dalam diam riak wajahnya tergmbar di mata...senyum lagi....begini rupanya....

Ape yg sakit dan menyakitkan when we are overly attached to someone....is it the love...or the fact that the person u love the most is not there yet to be with u...or is it the pain of thinking of him/her that's killing you every single moments when you're far away from each other???

Senyum lagi...lagi....dannnn laaaaaaaaagiiiiiiiiii....

Kamu...ya kamu...

I see your point now...

Cinta tak sakit...

Tapi rindu yang datang bersamanya...pffftttt......


*masih mengingatkan hati untuk teruskan berdoa dan diberi kekuatan menerima sebarang kemungkinan...insya Allah...*

Wednesday, August 21, 2013

Another Lesson Learnt...

Assalamualaikum w.b.t...


hari ini hari ke empat saya bermukim di KMC...n trust me..when u need to survive alone with all these wires clinging to your hands...you can never feel better...well...that's a different story...pagi-pagi hari da kna heart attack...yup...tu cter yg nk cter sbnarnyer...kenape??gara-gara sms dr Bonda yang mengatakan markah trial budak2 belum lagi smpai ke tangan beliau...n I was like...WHATTTTTT?????? dush dush dush...rse nak hantuk kepala kat dinding jap...weeeeeeeeeeeee....maka bermula la sesi texting to all candidates yg blh diminta bantuan...n skali lagi....rase nk hantuk kepala kat dinding...sbb dua-dua phone habis kredit!!!!!! parah tahap tenuk laut berkepala tujuh nih...haiihh...nk cter panjang2...rse sesak kepala...ape pun...these are lessons that I've had learnt about handling the marks...

  1. Make sure ade satu salinan dokumen penting itu dlm email anda. Senang kalau ada kejadian2 yang x di ingini berlaku....anda dah ade back up.
  2. NEVER simply pass the result to any students!!Sebab nanti org ni kate bagi pada org nih...da yg si fulan tu cakap...bagi kat fulan nih....ha...smpai kiamat x jumpe kat mane! (exageration lebih!!!)
  3. ambik mase utk print banyak sket salinan n letak kt tmpt2 berasingan...cntoh??kat meja guru, kat almari...kat umah...kat dalam keta...mane2 tmpat yg selamat tp mudah utk di access dlm masa2 kritikal....

Haihh...mungkin ramai yg da lalui pengalaman nih...but for me...this is it...ape pun...bg yg x mengalami lgi...sile la jgn wat keje x btul yer...sistematik itu perlu (ohh...diri sendiri sile terasa...)


sekian...


Tuesday, August 20, 2013

Dia Yang Ku Kenal

Assalamualaikum w.b.t...

Dia yang ku kenal
di laman maya tanpa sua
siapa sangka terpahat di atma

Dia yang ku kenal
biarpun tidak lama
seakan berkurun bertaut di jiwa

Dia yang ku kenal
melakar pantas tuju dan hala
semoga Tuhan mudahkan cara

Dia yang ku kenal
biar banyak perlu dibicara
moga selamat membina bahagia

Dia yang ku kenal
.
.
.
.
.
.
.

"Ya Allah, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta untukku, 
satukanlah hatinya dengan hatiku dalam ikatan yang Kau redhai dan berkati,
bukakanlah seluas-luasnya dan sepantasnya jalan untuk kami bersama,
dan setelah itu ya Allah, 
Kau pereratkanlah ikatan hati-hati kami dan keluarga-keluarga kami, 
berikanlah kami kekuatan untuk menempuh segala cabaran dan dugaan yang mendatang,
tabahkan hati kami dalam mempertahankan ikatan ini,
dan gagahkan kami dalam perjuangan mencari cinta Mu..."


Friday, August 16, 2013

Engineer of the nation??

Assalamualaikum w.b.t...

uhuk...uhuk....berhabuk sungguh blog ni....maaf la...atas faktor kesibukan dan kekurangan stok kerajinan...blog ini kembali bersawang...pfftttt....maaf (berjuta kali)



Alhamdulillah..pada 1 Julai 2013...akhirnya saya telah memulakan langkah baru sebagai engineer of the nation. Hoooyaiii...bunyi gempak jeh kan...yes..I'm officially a che'gu now...

selari dengan tajuk entri kali ni...this is something that I would like to share with all of you...


nak jadi engineer of the nation....tgk la berapa banyak pekerjaan yg sebenarnye sedang digalas oleh che'gu2 zaman sekarang...n yet...people keep complaining  about this one sacred n noblest job...

and this one piece...(credit to fb) betul2 depict what really happens nowadays...

LUAHAN HATI PARA PENDIDIK KHAS UTK IBUBAPA..
Kepada : Ibu Bapa

Ke hadapan Tuan/Puan,

Kami telah mendapat banyak aduan di dalam menyuarat PIBG tentang bagaimana kami mendidik anak tuan/puan. Terlebih dahulu kami memohon maaf atas pemasalahan yang timbul. Walaubagaimanapun, kami sebagai guru mempunyai batas-batas kuasa yang kami akan suluhkan kepada tuan/puan.

Kami bukan ibu bapa. Kami adalah ahli akademik. Kami mempunyai set tanggungjawab, dan didikan peribadi bukanlah sebahagian dari tanggungjawab kami. Kami bertanggungjawab menunjukkan peribadi elok sebagai contoh, tapi tugas mengajar adab merupakan tanggungjawab tuan/puan. Bagaimana perangai mereka di rumah, jika menjadi kurang ajar, sama sekali bukan salah kami.

Terkadang kami terkejut ketika melihat tingkah laku anak anda ketika hadir mengambil kad repot. Anak tuan/puan yang hyperaktif di sekolah sungguh senyap di depan tuan/puan. Adakah tuan kenal anak tuan sebetulnya? Tahukah tuan/puan anak puan yang hadir ke sekolah bukanlah anak tuan/puan yang tuan/puan kenali di rumah?

Dan apabila hukuman dijalankan, apakah hak tuan/puan untuk mengatakan "saya kenal anak saya. dia bukan macam tu." di hadapan kami? Anda tiada di sekolah, dan anda sebenarnya tidak mengenal anak sendiri. Anak anda selesa di sekolah bersama kawan-kawan sehingga berasa selesa untuk berbuat salah dan kami hukumkan. Nampak benar dia tak berasa selesa untuk membuat salah di depan anda kerana tuan/puan mungkin sekali bukan spesis manusia membina, tapi menjatuhkan.

Peraturan sekolah diciptakan bersebab. Dan sebetulnya, memang hukuman diciptakan untuk menyakitkan, memalukan, dan menyusahkan.

Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar sakit yang tidak seberapa itu adalah lumrah dunia, malu itu seharusnya bertempat, dan yang menyusahkan itu selalunya benda yang perlukan usaha. Atau benda-benda yang sewaktu dengannya. Itu tanggungjawab anda, jangan lepaskan itu semua pada kami. Adakah benda asas seperti ini pun perlu kami ajari?

Kami di sekolah sebagai HANYA GURU. Tapi hakikatnya, kami tahu terlampau banyak mengenai keluarga murid. Jika tuan/puan sangkakan apa yang berlaku di rumah hanya tinggal di rumah, tuan/puan silap. Kami guru yang terdidik, melihat pada pelakuan, banyak benda yang kami tahu. Itu tidak termasuk apa yang diberitahu.

Anak-anak tuan/puan akan cuba untuk menjadi apa yang mereka tidak boleh jadi di depan tuan/puan. Tuan/puan merupakan kuasa autoriti terbesar buat mereka. Jadi apa yang mereka buat di sekolah adalah cermin untuk apa yang berlaku/tidak berlaku di rumah.

Jika anda mahukan kami mendidik dengan sepatutnya, kami perlu kuasa autoriti yang lebih besar. Kalau kerana hanya satu garisan dari sebatan rotan menyebabkan kami dipenjarakan, ketahuilah oleh tuan/puan yang kami sebenarnya langsung tak mahu bersangkut paut dengan kehidupan anak tuan/puan, apatah lagi isu rumah tangga tuan/puan.

Hanya kerana anak tuan tak pernah mengadu mereka terbuat kesilapan, jangan menyangka anak tuan/puan sangat baik. Anak yang bijak/pandai selalu eksperimen dan selalu berbuat silap, dan mereka tidak mahu imej buruk atau keburukan mereka sampai kepada tuan/puan jadi mereka berahsia. Adalah terpulang kepada ibu bapa sama ada anak mereka berahsia atau tidak.

Nasihat kami untuk tuan/puan :

Setiap anak melaku kesilapan. Jangan berdiri lantang untuk mereka dengan melampau. Mereka harus diajar erti tanggungjawab, dan bertanggungjawab bagi setiap tingkah laku. Kami tak perlukan anda untuk berdiri bagi pihak anak anda hanya kerana anak anda menumbuk seorang kanak-kanak lain. Itu sebahagian dari proses pemantapan fizikan dan mental. Menyekat pengalaman bermaksud anda menyekat kebolehan otak anak anda berkembang.

Mendidik kanak-kanak itu tidak susah. Tapi yang menyusahkan selalunya ibu bapa. Kerana mereka selalu ingin menyelesaikan masalah anak-anak bagi pihak mereka, menolak hak mereka mempunyai autoriti yang sepatutnya. Akhirnya mereka cuma boneka yang diberi skrip. Mereka bukan lagi makhluk tuhan yang diberi kehidupan.

Kami tahu apa beza seorang murid tingkatan tiga mampu buat dan seorang pelajar jurusan kejuruteraan mampu buat. Jangan buat kerja sekolah mereka untuk mereka. Mereka perlu berbuat silap untuk belajar. Jika anda menjadikan mereka sedemikian bodoh, jangan salahkan kami semasa datang ambil kad repot.

Jika seorang pelajar dihantar kepada kami kerana kesalahan tingkah laku, kami tidak akan menghukum mereka serta merta. Kami akan memberi masa mereka bersendiri memikirkan apa yang baru mereka lakukan, dan memberi respon bergantung pada respon mereka setelah mereka lebih tenang dan setelah mereka mempunyai masa berfikir. Mungkin tuan/puan juga boleh cuba cara yang sama. Mungkin tuan/puan sendiri lupa zaman tuan/puan kanak-kanak kerana tuan/puan kini sudah dewasa, betapa gementarnya kanak-kanak yang berbuat silap.

Ekonomi yang teruk masa kini menyebabkan ramai ibu bapa bekerja lewat masa dan mempunyai masa yang sedikit untuk memahami atau bersama anak mereka. Menyangka anda boleh menebus kesalahan dengan berdiri bagi pihak mereka di depan guru adalah tindakan yang salah.

Jika anda mahukan proses pendidikan ini bersifat dua-hala, bersikap adillah dengan kami.

Atau jika tidak, abaikan sahaja kewujudan kami dalam proses pemanusiaan. Kerana kami sendiri mempunyai hal sendiri untuk dijaga dari menjaga anak orang.

Yang Benar,
Guru.""



SENTAP kah???tepuk dada...tanya lah iman (^___^)

Cerita Master

Assalamualaikum w.b.t...

tiada apa yang menarik untuk dikongsikan kala ini...sekadar berkongsi sedikit pengalaman bergelar pelajar pasca siswazah yang baru saja mendaftar pada minggu lepas...jelas, menyambung pengajian ke peringkat sarjana ini menuntut pengorbanan, tekad, keazaman dan kesabaran yang berlipat kali ganda....saya akui, ada detik dan ketikanya saya merasakan bahawa diri ini terlalu kerdil jika dibandingkan dengan rakan-rakan lain yang rata-ratanya sudah bekerja dan nampak jauh lebih matang berbanding saya yang masih kekal dengan imej budak sekolah...Alhamdulillah, setiap kali perasaan untuk berundur itu datang, Allah menunjukkan jalan, mempermudahkan kesulitan saya...betapa saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....





sebenarnya post ini sudah lama ditulis tanpa disiarkan...recently, result exam sudah pun diketahui...Alhamdulillah...bersyukur yang tidak terhingga sebab result yang diperolehi melebihi jangkaan...terima kasih untuk semua yang telah banyak memberi sokongan dari pelbagai aspek....keep praying for me ya (^___^)