Sunday, December 01, 2013

Countdown Begin

Assalamualaikum w.b.t.

Pejam celik...pejam celik..dah masuk bulan Disember. Allahuakbar...betapa cepat masa berlalu. Dalam tak sedar, detik itu makin hampir. Kesuntukan waktu kadangkala membuat kita lebih panik dari yang sepatutnya. Alhamdulillah, biarpun kalut...biarpun kadangkala kesihatan terganggu, namun saya dikurniakan sebuah keluarga yang sangat memahami, membantu dan menyokong setiap derap langkah menuju detik itu. Biarpun terselit juga salah faham dan pertelingkahan kecil, keluarga tetap keluarga. Dihentam badai sekalipun, tali ini tak akan putus.


Kini, tinggal 62 hari lagi menuju detik itu. Nampak seperti lama lagi masanya, namun jika tidak dirancang dengan baik...apalah sangat 62 hari ini jika dibandingkan dengan timbunan kerja yang perlu dilakukan. Dalam keseronokan dan keterujaan countdown ini, hati masih terpalit rasa takut dan gementar. Mampukah aku menjadi yang terbaik? Memang, persoalan ini tak pernah saya temukan jawapannya. Bersyukur sekali lagi apabila dia sentiasa memahami dan memberikan dorongan. Untuk bahagia bukan senang, banyak yang perlu dipelajari....manakan tidak, membina hidup yang matlamatnya bahagia dunia akhirat, sudah tentu tidak semudah hidup semata-mata untuk dunia. Moga Allah permudahkan urusan kami...


(^________^)
-senyum tak perlu kata apa-apa-





No comments:

Post a Comment